Terima kasih kerana menghubungi dan sudi menggunakan khidmat kami.
Sila baca terma dan syarat di bawah dengan teliti sebelum membuat sebarang tempahan.
TERMA DAN SYARAT:
1. TEMPAHAN :
· Bayaran tempahan adalah PENTING bagi mengelakkan kegagalan mendapatkan perkhidmatan kami.
· Tempahan awal (1-3 bulan sebelum tarikh jangka bersalin) amatlah digalakkan.
· Untuk BOOKING tarikh, anda perlu DEPOSIT 30% dari harga total pakej.
. Bayaran deposit boleh dibuat dalam 2 kali pembayaran sekiranya tempahan dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh due.
· Baki bayaran termasuk caj pengangkutan harus diselesaikan pada HARI PERTAMA perkhidmatan dijalankan.
· Pihak kami berhak untuk TIDAK meneruskan perkhidmatan sekiranya bayaran baki tidak diterima pada waktu yang ditetapkan dan DEPOSIT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
· Pembayaran tempahan melalui online e-banking atau ATM ke akaun semasa syarikat 8009627107 (CIMB) atas nama CHE GAYAH CONFINEMENT SERVICES.
· Pembayaran perlu dilakukan secara pindahan segera ( Instant Transfer ).
· Tempahan yang dibuat, sah digunakan untuk tempoh 3 bulan selepas bersalin.
2. CAJ PENGANGKUTAN :
· Caj pengangkutan berbeza mengikut tempat.
· Percuma sekiranya buat tempahan awal. Tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
3. PEMBATALAN TEMPAHAN :
· SILA AMBIL MAKLUM, pelanggan tidak dibenarkan untuk mengurangkan hari pakej / membatalkan pakej.
· Bayaran tempahan 30% akan dipulangkan sekiranya berlaku keguguran, kematian atau ibu ditahan di hospital lebih 3 bulan.
· Jika pelanggan MEMBATALKAN tempahan selain sebab di atas, bayaran tempahan 30% TIDAK AKAN DIPULANGKAN.
· Baki bayaran tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan meminta untuk mengurangkan hari pakej/ downgrade pakej yang telah ditempah setelah rawatan bermula.
· Tiada penolakan harga untuk sebarang rawatan yang ditolak semasa perkhidmatan dijalankan dan rawatan yang ditolak tidak akan digantikan dengan rawatan lain. Namun, sekiranya pelanggan ingin berehat dan tidak mahu menjalani rawatan pada waktu tersebut, pelanggan boleh meminta terapis untuk menjaga bayi sepanjang tempoh rawatan. 😊
· Sesi rawatan tidak dibenarkan dihentikan / dilewatkan melainkan disebabkan ibu/baby warded. Hal ini bagi memastikan rawatan dapat selesai mengikut jadual yang ditetapkan.
4. SYARAT PERKHIDMATAN :
· Pihak pelanggan harus memaklumkan kepada kami sekiranya telah masuk wad & selepas keluar daripada wad untuk kami membuat persediaan yang sepatutnya.
· Kebiasaan rawatan akan bermula seawal 3/4 hari selepas pelanggan bersalin secara normal dan 7 hari selepas bersalin
secara pembedahan.
· Bergantung pada jadual terapis kami, permintaan untuk memulakan perkhidmatan awal/lewat, boleh di bincangkan.
· Ada 2 sesi untuk pakej Mawar, Seroja dan Pakej Dahlia iaitu sesi 7 pagi & 10.30 pagi.
· Terapis kami akan cuti pada setiap hari Ahad bagi kawasan Kuala lumpur, Selangor & N. Sembilan manakala bagi kawasan Terengganu, Terapis akan cuti pada setiap hari Jumaat.
· Pelanggan diminta memberikan ( EMERGENCY LEAVE ) kepada Terapis sekiranya berlaku kecemasan.
· Sekiranya berlaku emergency leave atau CL cuti terlalu lama, pihak pelanggan boleh meminta untuk penukaran Terapis.
5. TEMPOH RAWATAN :
· Pakej Mawar : 3 jam
· Pakej Kenanga: 7 Jam ( 9am – 4pm )
· Pakej Seroja : 1 jam 45 minit ~ 2 jam 45 minit
· Pakej Dahlia : 2 jam 30 minit
( Jika lebih 1 jam dari masa rawatan akan dikenakan caj lebih masa)
6. SKOP KERJA Terapis :
· Pengurusan ibu berpantang, pengurusan bayi, menyediakan hidangan berpantang untuk ibu mengikut pakej yang telah diambil.
· Untuk Pakej Kenanga ( FULL DAY ), tugas mengemas adalah terhad kepada pakaian ibu, bayi, bilik urutan ibu dan bayi atau yang berkaitan sahaja.
· Terapis tidak bertanggungjawab untuk mengemas, mencuci rumah/ mengemop / melipat & mencuci pakaian atau pinggan mangkuk, menjaga anak-anak/ orang tua & menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
· Menu harian yang disediakan adalah berdasarkan bahan mentah yang disediakan oleh pelanggan. Contoh menu dan senarai bahan akan diberikan kepada pelanggan sebagai rujukan.
· Toleransi dari pihak pelanggan amat diperlukan untuk memastikan perkhidmatan dapat dijalankan dengan sempurna.
· Sekiranya pelanggan meminta terapis melakukan kerja di luar skop perkhidmatan yang kami tawarkan, caj tambahan akan dikenakan.
7. BAHAN KEPERLUAN IBU & BAYI :
· Sepanjang rawatan kami akan sediakan semua bahan rawatan, KECUALI bahan masak, minyak panas/minyak berangin (untuk sapu sebelum pakai stokin & bengkung), keperluan mandian seperti baldi, periuk dan keperluan bayi seperti ubat cuci pusat , minyak telon dan peralatan mandi.
· Pihak pelanggan harus menyediakan portable stove ( bakar tungku ) sekiranya menggunakan dapur elektrik.
· Kami juga akan menyediakan bengkung lilit jawa. Namun, pihak pelanggan boleh memilih bengkung sendiri yang selesa.
· Hari terakhir rawatan, pelanggan perlu menyediakan bengkung sendiri dan bagi pelanggan yang bersalin secara bedah, anda perlu menyediakan bengkung jenis patch.
8. Syarat & terma syarikat mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.
PERINGATAN :
Sila laporkan kepada kami semasa rawatan dijalankan sekiranya terdapat sebarang masalah dengan terapis yang dihantar & pihak pelanggan boleh meminta penukaran terapis. Proses penukaran terapis mengambil masa selama 1-3 hari. Sebarang aduan yang dilakukan setelah rawatan selesai hanya akan di ambil sebagai penambah baikan servis kami.
Kerjasama dan juga maklum balas dari pihak tuan/puan amat kami hargai.
Terima kasih kerana percaya dan memilih CHE GAYAH BERPANTANG SERVICE untuk berpantang.
NOTA: Pelanggan adalah dianggap bersetuju dengan semua terma dan syarat di atas selepas pembayaran deposit dibuat oleh pelanggan.