Q: Pakej che gayah daily visit / stay in?
A: Semua pakej che gayah adalah daily visit sahaja.
Q: Terapis Che Gayah melayu ke?
A: Semua terapis Che Gayah melayu.
Q: Kalau saya bersalin tak sama dengan tarikh booking macam mana?
A: Terapis akan datang ikut tarikh pelanggan bersalin. Untuk yang bersalin normal 2-3 hari selepas discharge dan 7 hari selepas discharge bagi yang bersalin secara caesar supaya luka caesar kering untuk buat semua rawatan.
Q: Terapis akan datang hari ke berapa selepas bersalin?
A: Kebiasaan rawatan akan bermula 2-3 hari selepas pelanggan bersalin ( normal ) dan 7 hari selepas bersalin ( bedah ).
A: Bergantung pada jadual terapis kami, permintaan untuk memulakan perkhidmatan awal/lewat, boleh di bincangkan.
Q: Terapis ada cuti tak?
A: Terapis kami akan cuti pada setiap hari Ahad bagi kawasan Kuala lumpur, Selangor & N. Sembilan manakala bagi kawasan Terengganu, terapis akan cuti pada setiap hari Jumaat / jika berlaku kecemasan.
Q: Terapis cuti tak pada cuti umum / hari raya?
A: Terapis hanya cuti pada Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha.
Q: Harga pakej termasuk caj pengangkutan ke?
A: Harga pakej belum termasuk caj pengangkutan & caj pengangkutan berbeza mengikut tempat.
Q: Berapa bayaran deposit untuk booking?
A: Bayaran deposit adalah sebanyak 30% daripada total pakej.
Q: Bila perlu buat bayaran penuh?
A: Baki bayaran penuh perlu dibuat pada hari pertama rawatan.
Q: Boleh cancel booking tak?
A: Pelanggan tidak dibenarkan untuk membatalkan pakej.
A: Bayaran tempahan 30% akan dipulangkan sekiranya berlaku keguguran, kematian atau ibu ditahan di hospital lebih dari 3 bulan.
A: Jika pakej dibatalkan selain sebab di atas, deposit tidak akan dipulangkan.
Q: Boleh ke saya kurangkan hari pakej?
A: Boleh sekiranya pelanggan masih belum bersalin dan belum mulakan rawatan.
A:Tidak boleh jika rawatan telah bermula.
Q: Saya tak puas hati dengan rawatan terapis, boleh tukar terapis ke?
A: Boleh, pertukaran terapis mengambil masa 2-3 hari bergantung kepada kekosongan.
Q: Bahan rawatan perlu disediakan sendiri ke?
A: Semua bahan rawatan akan disediakan oleh terapis.
Q: Bengkung disediakan ke?
A: Kami sediakan bengkung lilit jawa, tapi pelanggan perlu sediakan bengkung sendiri pada hari yang terakhir & bengkung jenis patch bagi yang bersalin secara caesar.
Q: Bahan masak perlu disediakan sendiri ke?
A: Semua bahan masak perlu disediakan oleh pelanggan & terapis akan masak di rumah pelanggan.
Q: Barang apa yang saya perlu sediakan?
A: Tilam kecil untuk rawatan urutan postnatal, minyak panas/minyak berangin (untuk sapu sebelum pakai stokin & bengkung).
A: Portable stove untuk bakar tungku . ( Jika menggunakan dapur jenis elektrik )
A: Keperluan mandian: Baldi, periuk.
A: Keperluan bayi: Ubat cuci pusat, minyak telon.
Q: Bahan masak apa yang perlu saya sediakan?
A: Terapis akan masak ikut bahan yang disediakan oleh pelanggan. Jika perlu kan contoh menu/ list barang sebagai reference boleh request pada admin.
Q: Sekiranya anak warded, rawatan diteruskan ke?
A: Boleh postponed, tetapi jika bayi warded lebih dari 3 hari, rawatan akan diteruskan untuk ibu sahaja kecuali jika ibu warded bersama bayi. Sekiranya ada appointment, masa rawatan boleh diubah bergantung kepada slot kekosongan terapis.
Q: Kalau Caesar boleh buat rawatan ke ?
A: Boleh. Rawatan akan bermula 7 hari selepas supaya luka caesar okay untuk buat semua rawatan dan terapis tidak akan sentuh bahagian luka caesar.
A: Sekiranya perlu rawatan lebih awal, boleh beritahu admin.
Q: Kalau saya kena ulang alik ke klinik untuk check kuning macam mana?
A: Boleh susun masa dengan terapis untuk datang sebelum atau selepas selesai urusan klinik. ( Bergantung pada jadual terapis ).
Q: Boleh ke saya nak bayar secara ansuran pakej?
A: Boleh bayar 2 kali bayaran deposit. Baki bayaran perlu dijelaskan pada hari pertama rawatan.
Q: Boleh ke saya nak request terapis?
A: Disebabkan due pelanggan tidak tetap, terapis yang datang adalah mengikut kekosongan slot pada waktu pelanggan bersalin.
Q: Boleh ke kalau saya nak tukar tempat berpantang?
A: Boleh jika masih dalam kawasan yang kami cover dan perlu inform sekurangnya sebulan sbelum due bersalin.
Q: Boleh ke nak tambah hari pakej berpantang?
A: Bergantung pada kekosongan, jika ada slot kosong pelanggan boleh tambah hari berpantang.