RAWATAN TRADISIONAL DAN PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN
Tempoh urutan postnatal adalah selama 1 jam menggunakan teknik urutan turun-temurun Che Gayah. Rawatan ini merangkumi urutan seluruh badan dan urutan kelancaran susu bagi membantu ibu berasa lebih selesa sepanjang tempoh pemulihan selepas bersalin.
Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan (Caesarean), urutan dilakukan dengan lebih berhati-hati dan tidak melibatkan bahagian perut.
Membantu melancarkan peredaran darah.
Membantu melegakan ketegangan dan lenguh badan.
Membantu melancarkan pengaliran susu ibu.
Memberikan rasa lebih ringan dan selesa.
Membantu proses pemulihan tubuh selepas bersalin.
Jumlah sesi rawatan adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
Tempoh rawatan : 15 minit.
Membantu melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah.
Membantu melegakan keletihan pada wajah dan sekitar mata terutamanya ibu yang perlu berjaga malam menjaga bayi.
Memberikan rasa lebih segar dan selesa.
Jumlah sesi rawatan adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
Tempoh rawatan: 30 minit.
Menggunakan batu sungai untuk meratakan haba ke seluruh badan.
Membantu mengecutkan rahim dan melancarkan darah nifas.
Bagi ibu bersalin secara pembedahan (Caesarean), bahagian perut tidak akan disentuh.
Jumlah sesi rawatan adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
Campuran herba direbus di rumah pelanggan.
Air rebusan ditapis dan dicampurkan dengan air panas sehingga menjadi suam.
Aroma herba membantu memberikan kesegaran dan mengurangkan kelesuan badan.
Bahan mandian herba disediakan oleh terapis sepanjang tempoh rawatan.
Jumlah sesi rawatan adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
Terapis akan memakaikan bengkung milik pelanggan.
Sekiranya pelanggan ingin mencuba bengkung lilit Jawa, sila maklumkan kepada terapis. Terapis akan membawa dan memakaikan bengkung tersebut sehingga hari kedua terakhir rawatan.
Membantu mengembalikan bentuk badan selepas bersalin.
Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menyediakan bengkung jenis “strap” bagi membantu menyokong bahagian luka.
Jumlah sesi rawatan adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
Tempoh rawatan: 15–20 minit.
Membantu meningkatkan pengeluaran peluh.
Memberikan rasa hangat, segar dan lebih ringan pada tubuh.
Membantu melegakan ketegangan serta ketidakselesaan pada badan.
Aroma herba memberikan pengalaman rawatan yang lebih menenangkan.
Membantu ibu berasa lebih relaks sepanjang tempoh berpantang.
Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan (Caesarean), rawatan dilakukan mengikut kesesuaian keadaan ibu.
Jumlah sesi rawatan adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
Tempoh rawatan: 10–15 minit.
Menggunakan wap daripada air rebusan herba.
Secara tradisional dipercayai membantu melancarkan pengeluaran darah nifas.
Membantu memberikan rasa selesa dan segar pada bahagian intim.
Memberikan rasa hangat serta membantu ibu berasa lebih relaks.
Menyokong keselesaan ibu sepanjang proses pemulihan selepas bersalin.
Jumlah sesi rawatan adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
Terapis menggunakan param dan pilis jenis serbuk yang dicampurkan dengan minyak panas.
Param disapu pada bahagian badan dan kaki.
Pilis disapu nipis pada bahagian dahi.
Tapel digunakan pada bahagian perut mengikut kesesuaian keadaan ibu.
Pelanggan perlu menyediakan minyak panas sendiri.
Bagi pelanggan yang menerima Set Pantang Che Gayah secara percuma, terapis akan memakaikan param, pilis dan tapel dalam bentuk krim agar lebih mudah dan praktikal digunakan.
Jumlah sesi rawatan adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
Param: Secara tradisional digunakan untuk memberikan rasa hangat dan selesa pada badan serta kaki.
Pilis: Memberikan rasa nyaman dan menyegarkan pada bahagian dahi.
Tapel: Memberikan rasa hangat dan selesa pada bahagian perut.
MANDIAN LIMAU
Dilakukan pada hari terakhir rawatan, bergantung pada pakej yang diambil.
Menggunakan campuran air dan hirisan limau yang disediakan oleh terapis.
Membantu menyegarkan tubuh selepas menjalani rawatan berpantang.
Memberikan rasa lebih bersih, nyaman dan segar.
Membantu mengurangkan bau badan.
LULUR BADAN
Membantu menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan kotoran pada permukaan kulit.
Membantu menjadikan kulit terasa lebih halus, lembut dan segar.
Memberikan rasa bersih dan nyaman pada tubuh.
Bahan lulur disediakan secara homemade oleh terapis, menggunakan beras pulut yang dikisar sebagai bahan utama untuk membantu membersihkan dan mencerahkan penampilan kulit.
Rawatan dilakukan mengikut jadual pakej yang diambil.
Jumlah sesi rawatan adalah bergantung kepada pakej yang diambil.
PENGURUSAN BAYI
Disunatkan untuk dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran.
Pelanggan boleh memilih tarikh yang sesuai sepanjang tempoh rawatan.
Terapis akan membawa alat pencukur khas yang sesuai untuk bayi.
Dilakukan atas permintaan dan dengan persetujuan pelanggan sahaja.
MASAKAN PANTANG
Terapis akan memasak makanan pantang di rumah pelanggan supaya hidangan sentiasa segar dan baru dimasak.
Pelanggan perlu menyediakan bahan masakan mengikut menu pilihan.
Pihak admin akan berkongsi PDF Menu Masakan Pantang sebagai panduan kepada pelanggan dalam menyediakan bahan-bahan masakan yang diperlukan.
Masakan yang disediakan dalam pakej adalah untuk ibu sahaja.
Sekiranya pelanggan memerlukan terapis memasak untuk suami dan anak, caj tambahan sebanyak RM15 akan dikenakan.
Sila maklumkan kepada terapis sekiranya ibu mempunyai sebarang alahan makanan atau bayi mengalami jaundis.
Terapis akan menyediakan satu set hidangan makan tengah hari untuk ibu sahaja yang merangkumi:
Air
Nasi atau mi
1 jenis lauk
1 jenis sayur
Buah-buahan
Sekiranya pelanggan memerlukan hidangan untuk dua kali makan, sila maklumkan kepada terapis dan sediakan bahan masakan dalam kuantiti yang lebih.
Terapis hanya akan memasak menu yang sama dalam kuantiti untuk dua kali makan bagi ibu sahaja.
Terapis akan menyediakan satu set hidangan makan tengah hari dan malam untuk ibu sahaja yang merangkumi:
Air
Nasi atau mi
1 jenis lauk
1 jenis sayur
Buah-buahan
Minum petang
Menu makan tengah hari dan makan malam adalah sama.
Menu minum petang disediakan dengan hidangan yang berbeza.
KEMAS - BASIC BAGI PAKEJ KENANGA ( FULLDAY SAHAJA )
Terapis hanya akan mencuci dan menjemur pakaian ibu dan bayi sahaja.
Terapis tidak bertanggungjawab untuk mencuci atau menjemur pakaian ahli keluarga yang lain.
Terapis hanya akan mencuci dan menjemur pakaian ibu dan bayi sahaja.
Terapis tidak bertanggungjawab untuk mencuci atau menjemur pakaian ahli keluarga yang lain.
Terapis hanya akan mengemas kawasan yang digunakan sepanjang sesi rawatan.
Terapis tidak bertanggungjawab untuk mengemas atau membersihkan seluruh kawasan rumah pelanggan.
BARANG - BARANG DAN BAHAN KEPERLUAN SEBELUM MULA RAWATAN
Herba rawatan
Bahan lulur
Param dan pilis jenis serbuk
Minyak urutan ibu
Bahan mandian limau
Krim param, pilis, tapel ( bagi pelanggan yang dapat set pantang percuma sahaja )
Sauna mudah alih
Batu tungku
Peralatan bertangas
Bengkung lilit Jawa untuk pelanggan yang bersalin normal
Tuam bayi
Mesin pencukur bayi
Kain alas tempat rawatan
Bahan dan peralatan yang dibawa bergantung pada pakej yang dipilih.
Bahan mentah untuk masakan pantang bagi Pakej Mawar dan Kenanga sahaja
Minyak panas berangin
Keperluan bayi seperti:
Peralatan mandian
Pakaian bayi
Pencuci pusat
Minyak urutan bayi
Bedung bersaiz besar
Keperluan bayi yang lain
Peralatan memasak bagi Pakej Mawar dan Kenanga sahaja
Dapur mudah alih dan gas sekiranya rumah menggunakan dapur elektrik
Baldi, periuk dan gayung untuk mandian herba
Tilam kecil atau comforter
( Rawatan tidak akan dilakukan di atas katil pelanggan )
Kain batik untuk digunakan semasa rawatan
Selipar untuk dipakai selepas urutan
Bengkung jenis strap untuk ibu yang bersalin secara pembedahan Caesarean atau tidak mahu menggunakan bengkung lilit Jawa